Close

Black Shark 3 Akan Menjadi Peranti Pertama Dengan 16GB RAM

Terdapat beberapa laporan yang tertiris telah mendedahkan bahawa Black Shark bakal memperkenalkan Black Shark 3 pada tahun ini. Menariknya, ia akan menjadi peranti pertama yang akan dilengkapi dengan memori sebesar 16GB RAM dan akan menjadi peranti permua pertama yang akan menggunakan RAM sebesar itu.

Maklumat ini telah didedahkan oleh pengguna Twitter bernama Sudhanshu yang menunjukkan bahawa peranti itu menggunakan nombor model SHARK KLE-AO yang juga dilihat akan dilengkapi dengan rangkaian 5G. Terdapat juga laporan yang tertiris sebelum ini bahawa Black Shark 3 akan dibekalkan dengan bateri sebesar 4700mAh, lebih besar berbanding Black Shark 2 Pro yang hanya 4000mAh.

ARTIKEL BERKAITAN