Close

Huawei berhasrat membantu membina ‘kereta pandu sendiri’ seperti Tesla

Menerusi satu kenyataan baru-baru ini oleh salah seorang pengarah Huawei iaitu Xu Zhijun telah menyatakan bahawa beliau berhasrat untuk membantu dalam pembinaan kereta pandu sendiri yang diinspirasikan dari kereta elektrik terkenal iaitu Tesla.

“Our ultimate goal is to achieve complete driverlessness, but in the process of moving towards the ultimate goal, it can create value. At present, Tesla is already creating value for everyone” menurut Xu dalam satu kenyataan.

Tambahan lagi, apabila ditanya sama ada Huawei boleh pergi jauh dalam industri ini, Xu juga turut menjawab “Jika Tesla boleh buatnya sekarang, kami semua juga boleh buat.” 

Malah menurut pihak mereka juga, Huawei tidak akan membina kereta, tetapi Huawei akan membantu syarikat lain untuk membina kereta yang bagus dalam kerjasama melalui sumbangan dari segi Teknologi ICT dan membekalkan komponen pintar untuk menghasilkan kereta yang bagus.

(Sumber) (Gambar sekadar hiasan dari 1 / 2)

ARTIKEL BERKAITAN