Close

Motorola Rokr E1 adalah fon pertama dengan perisian iTunes, bukan iPhone

Jika anda fikirkan bahawa iPhone adalah fon pertama yang dilengkapi dengan perisian iTunes, anda silap. Kerana Motorola Rokr E1 atau lebih sinonim dengan gelaran ‘iTunes Phone‘ adalah fon pertama yang dilengkapi dengan perisian itu.
Fon ini mula diperkenalkan pada tahun 2005, iaitu 2 tahun sebelum Steve Jobs perkenalkan iPhone yang dianggap sebagai inovasi untuk telefon pintar pada masa itu. Seterusnya iPhone adalah fon kedua yang dilengkapi dengan perisian iTunes.

Apple telah melesenkan Motorola Rokr E1 untuk mempunyai pemain muzik iTunes yang mempunyai antaramuka seperti Apple iPod. Namun Steve Jobs kurang senang dengan hasil fon itu kerana rekaan plastik, kamera yang teruk dan lagu terhad kepada 100 sahaja. Berbeza dengan konsep iPod yang menjanjikan 1,000 lagu dalam poket.
Malah iTunes juga dicipta untuk memudahkan pendengaran, tapi sebaliknya untuk Rokr E1. Pengguna perlu membeli lagu di iTunes dan pindahkan lagu itu menggunakan kabel.

“It was supposed to resume my music right back to where it was,” menurut Steve Jobs semasa perkenalan dengan ekspresi yang tidak memuaskan. “I hit the wrong button. But you can resume your music right back to where it was if you hit the right button.”

Hatta, semasa Steve Jobs perkenalkan Rokr E1 juga pelbagai perkara yang tidak memuaskan beliau dan gagal menunjukkan kebolehan fon itu memainkan lagu di iTunes dengan betul. Ia sememangnya sejarah perkenalan produk yang kurang memuaskan sepanjang sejarah Apple.
Dalam masa yang sama, Steve Jobs juga risau terhadap penjualan iPods kerana Rokr E1 bukan produk dari Apple, tapi Motorola. 
(Sumber 1, 2)

ARTIKEL BERKAITAN