Close

Roh Tae-moon dinamakan sebagai pengerusi baharu Samsung bahagian telefon pintar

Samsung Electronic dilaporkan telah menamakan Roh Tae-moon sebagai pengerusi baharu bahagian telefon pintar bagi menggantikan DJ Koh yang masih bersama dengan Samsung, tapi telah ditukar ke bahagian IT dan komunikasi mudah alih.

Mengikut sejarah Roh Tae-moon, beliau telah bersama dengan syarikat itu sejak tahun 1997 dan telah menjadi pemangkin utama bahagian kajian dan pembangunan untuk barisan peranti Galaxy. Tidak hairan kenapa Samsung memilih beliau untuk menyandang jawatan itu.

Beberapa tahun ini juga kita banyak melihat perkembangan Samsung dari segi tawaran pelbagai pilihan telefon pintar dari kelas permulaan, pertengahan dan atasan. Selaras dengan kehendak pasaran masa kini yang perlu bersaing dengan pengeluar dari China.

ARTIKEL BERKAITAN