Close

Sah! Poco akan melancarkan peranti baru pada bulan Februari ini – Mungkin Poco X2

Ura-ura tentang peranti Poco seterusnya sedang hangat diperkatakan. Selepas Poco F1 pada tahun 2018, tahun ini Poco dilaporkan bakal melancarkan Poco F2 sekitar bulan Mac ini.

Don’t trust unofficial leaks, here’s an official one. 😉
Read about it here: https://t.co/Eql5a9wWH8 #POCOIsHere pic.twitter.com/KhqohYd3ad

— POCO India (@IndiaPOCO) January 24, 2020

Dan kini terdapat laporan baharu bahawa Poco akan melancarkan satu lagi peranti yang memfokuskan pada kelas pertengahan dengan nama Poco F2 Lite atau mungkin dengan nama Poco X2 untuk pasaran India seperti dalam gambar yang tertiris dan ia juga dikatakan penjenamaan semula dari Redmi K30 4G.


Menerusi maklumat yang tertiris, Poco X2 akan dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 730G, memori 8GB RAM dan storan 256GB, hadir bersama Android 10 dalam kotak jualan dan MIUI for Poco.


Namun tak dapat dipastikan sama ada Poco X2 hadir bersama paparan skrin segar semula 120Hz atau tidak. Apa pun, sama-sama kita nantikan pada bulan Februari ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN