Terdapat gambar yang sedang berlegar di media sosial menunjukkan rekaan prototaip yang mungkin akan digunakan pada Google Pixel 5 XL yang akan diperkenalkan pada suku ke-4 tahun ini, sekitar bulan Oktober jika mengikut pelancaran Pixel 4 sebelum ini.
Merujuk pada gambar, dapat dilihat rekaan kamera yang digunakan berbeza dari Pixel 4, mempunyai dahi skrin yang lebih nipis dan khabarnya ia masih mengekalkan sistem Soli Radar pada bahagian kamera hadapan. Namun ia masih mengekalkan identiti rekaan seperti Pixel 4.
Ura-ura berpendapat bahawa Pixel 5 akan hadir dengan cip pemproses Snapdragon 865, rangkaian 5G, tri-kamera, peningkatan kapasiti bateri dan fungsi kamera sudut ultra-lebar.
Dalam pada itu, terdapat juga laporan bahawa Google mungkin akan memperkenalkan peranti kelas pertengahan kedua mereka iaitu Pixel 4a dan Pixel 4a XL, pengganti kepada Pixel 3a yang dijangka akan dilancarkan pada acara khas Google I/O pada bulan Mei ini bersama perkenalan lebih terhadap Android 11.