Close

Mod gelap di aplikasi WhatsApp hanya menyokong iOS 13 dan ke atas sahaja

Mod gelap pada aplikasi dan tetapan sesebuah peranti sering menjadi permintaan pengguna kerana ia dapat menjimatkan penggunaan bateri dan tidak terlalu sakit mata apabila melihat skrin, lebih-lebih lagi dalam suasana gelap.

Seperti anda tahu, mod gelap pada iOS kini hadir pada iOS 13. Apabila ia diaktifkan, sekaligus Instagram juga akan turut mengikut mod gelap. Dan kini ia hadir buat aplikasi WhatsApp. Namun buat masa ini mod gelap ini hanya dapat digunakan menerusi WhatsApp versi beta 2.20.30.25 sahaja.

Malangnya, sokongan mod gelap pada WhatsApp iOS hanya akan menyokong iOS 13 dan ke atas sahaja. Bermaksud, iOS 12 dan ke bawah tidak dapat menggunakan ciri ini. Jadi, anda perlukan sekurang-kurangnya iPhone SE dan ke atas.


Ciri ini juga akan berfungsi secara automatik mengikut tetapan iPhone anda. Jika anda aktifkan mod gelap, WhatsApp juga akan turut gelap. Jika aktifkan mod cerah, WhatsApp juga akan cerah kembali. Sama seperti Instagram di iOS.


Selain dari mod gelap, terdapat juga fungsi baharu seperti fungsi carian yang lebih baik dan pelbagai lagi. Buat masa ini ia tersedia buat versi beta sahaja dan kemaskini WhatsApp yang mempunyai mod gelap mungkin akan dilepaskan beberapa hari dari sekarang buat umum.

(Sumber 1, 2)

ARTIKEL BERKAITAN