Close

Rekaan jam pintar OPPO Watch dilihat seakan Apple Watch

Dalam perkongsian terbaru di Twitter rasmi OPPO, syarikat itu telah mengumumkan bahawa disamping pelancaran OPPO Find X2, OPPO Watch juga akan turut diperkenalkan pada 6 Mac ini.

Menerusi gambar yang dikongsikan, ia dilihat tidak ubah seakan Apple Watch. Dari segi rekaan paparan skrin, tali jam dan binaan badan bagaikan pelanduk dua serupa.

Here’s another look at the forthcoming OPPO Watch. 👀 The curved screen and 3D glass will be a game changer. 🤓 pic.twitter.com/ozbl9BXNZq

— Brian Shen (@BrianShenYiRen) February 17, 2020

Namun perbezaan yang dibawakan oleh OPPO pada jam pintar ini adalah skrin yang digunakan jenis kaca 3D yang melengkung. Jadi, itu mungkin adalah kelainan yang dibawakan oleh OPPO buat jam pintar mereka. Jam pintar ini juga dikhabarkan akan menjalankan sistem operasi Android.

ARTIKEL BERKAITAN