WhatsApp akhirnya telah melepaskan mod gelap pada peranti iOS dan Android hari ini. Jika anda sudah menaiktaraf ke Android 10 dan iOS 13, anda boleh menikmati mod gelap pada WhatsApp. Pastikan anda kemaskini aplikasi WhatsApp yang terbaru.
Untuk aktifkan mod gelap, anda harus tukar sistem anda ke mod gelap dan WhatsApp akan secara automatik menjadi gelap. Apabila sistem anda tukar ke mod biasa, WhatsApp automatik tukar ke mod terang. Konsep yang sama seperti Instagram juga.
Namun mod gelap WhatsApp tidak tersedia untuk iOS 12 dan ke bawah. Hanya iOS 13 dan ke atas sahaja. Jadi, hanya pengguna iPhone SE dan ke atas sahaja yang dapat menikmati mod gelap ini.