Close

MacBook Air 2020 turut dikemaskini dengan Magic Keyboard baharu – Harga bermula RM4,399

Selain dari iPad Pro baharu yang telah dikemaskini di laman web rasmi Apple baru-baru ini, Apple juga turut kemaskini MacBook Air 2020 yang hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Space Gray, Gold dan Silver.

MacBook Air kali ini dilengkapi dengan Magic Keyboard yang terbaru yang mula diperkenalkan pada MacBook Pro 16-inci sebelum ini. Ia menggunakan mekanisme 1mm untuk keselesaan dan kekunci yang rasa lebih stabil.

Selain itu, prestasi MacBook Air juga turut dipertingkatkan yang dilengkapi dengan cip pemproses Intel Core Generasi-10 yang menjana sehingga 1.2GHz quad-core i7 bersama Turbo Boost dengan kelajuan sehingga 3.8GHz. Dengan grafik Intel Iris juga, prestasi grafik dipertingkatkan sehingga 80%.

Pada ciri lain, kini terdapat sehingga 2TB storan yang ditawarkan dan storan permulaan dengan 256GB. MacBook Air baru ini juga turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari, 3 mikrofon, 3 port Thunderbolt (USB-C), MacBook Air pertama yang menyokong paparan 6K dan peningkatan pembesar suara yang lebih baik.

Buat masa ini di laman web rasmi Apple Malaysia hanya memaparkan harga untuk MacBook Air 13-inci dengan tawaran 2 storan sahaja iaitu 256GB dengan harga RM4,399 dan 512GB dengan harga RM5,599. Kedua-duanya hadir dengan memori 8GB RAM LPDDR4X.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN