Close

Apple Magic Keyboard dijual secara berasingan dengan harga mencecah RM1,549

Dalam penyenaraian iPad Pro 11-inci dan 12.9-inci yang terbaru, Apple juga turut perkenalkan Magic Keyboard mereka yang terbaru dan mempunyai sokongan terhadap track pad, malah berupaya untuk diapungkan dan menjadikannya seakan-akan iMac.

Magic Keyboard ditawarkan dengan 2 pilihan saiz, untuk iPad Pro 11-inci dengan harga RM1,349 dan untuk iPad Pro 12.9-inci dengan harga RM1,549. Sekaligus, iPad Pro dan Magic Keyboard dijual secara berasingan.

Menurut Apple, Magic Keyboard akan tersedia di Malaysia sekitar bulan Mei ini. Untuk Magic Keyboard 11-inci, ia menyokong iPad Pro 11-inci Generasi Pertama dan Kedua. Manakala Untuk versi 12.9-inci, ia menyokong iPad Pro 12.9-inci Generasi Ketiga dan Keempat.

Jadi, anda masih boleh gunakan Magic Keyboard terbaru ini pada model iPad Pro sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN