Close

iFlix VIP kini boleh diakses secara PERCUMA selama sebulan

iFlix adalah salah satu perkhidmatan video penstriman yang cukup terkenal di Malaysia yang banyak menawarkan filem dan drama bersiri tempatan, Hollywood, dan pelbagai lagi.

Kini syarikat itu telah menawarkan akses iFlix VIP secara percuma untuk semua pengguna. Untuk mengakses, anda boleh guna kod tonton_iflix sebagai tebusan akses percuma selama sebulan.

Penebusan perlu dilakukan sebelum 31 Mac 2020. Dengan akses percuma ini, kuarintin di rumah tidak terlalu bosan dan anda boleh tonton seberapa banyak filem yang disediakan dalam iFlix.

ARTIKEL BERKAITAN