Close

Siri OnePlus 8 akan dilancarkan pada 14 April ini – Paparan 120Hz dan rangkaian 5G

OnePlus hari ini menerusi Twitter rasmi telah mengumumkan pelancaran rasmi siri OnePlus 8 pada 14 April ini. Siri kali ini kita akan diperlihatkan dengan tawaran teknologi dan rekaan baharu. 3 pilihan varian dijangka akan diperkenalkan iaitu OnePlus 8, OnePlus 8 Pro dan OnePlus Z.


Setakat ini OnePlus telah mengesahkan siri kali ini akan hadir dengan paparan segar semula 120Hz, semua varian akan hadir dengan rangkaian 5G. Hatta, mengikut maklumat tertiris, terdapat penarafan IP68 (kalis air dan habuk) buat pertama kalinya pada peranti OnePlus.

Manakala bahagian rekaan, ia akan menggunakan paparan skrin takuk yang berlubang dan rekaan yang melengkung, pilihan warna baharu yang lebih menarik, tri-kamera untuk OnePlus 8 dan empat kamera untuk OnePlus 8 Pro. Maklumat lanjut tentang spesifikasi yang tertiris di pautan ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN