Close

Aplikasi Facebook Messenger kini tersedia di Windows dan Mac

Facebook Messenger adalah aplikasi permesejan yang sudah lama diperkenalkan di iOS dan Android bertujuan untuk mesej, membuat panggilan dan panggilan video antara rakan Facebook dan rakan yang lain.

Kini aplikasi itu telah hadir buat pengguna laptop dan komputer iaitu Windows dan Mac yang boleh dimuat turun secara percuma di Microsoft Store dan App Store. Fungsi juga sama seperti yang ada pada Android dan iOS. Boleh membuat panggilan, panggilan video, mesej, terdapat tetapan mod gelap, dan pelbagai lagi.

Aplikasi ini juga boleh dijadikan sebagai satu alternatif untuk anda berhubung secara panggilan video bersama sahabat, rakan sekerja dan keluarga waktu situasi COVID-19 yang sedang kita hadapi sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN