Close

OPPO Ace 2 kini rasmi – Pengecasan tanpa wayar 40W, Snapdragon 865 dan paparan 90Hz

OPPO baru sahaja melancarkan peranti terbaharu mereka iaitu OPPO Ace 2 yang menjadi fon pertama di dunia buat masa ini dengan teknologi pengecasan tanpa wayar 40W (AirVOOC) yang mampu mengecas bateri 4000mAh dari 0% ke 100% dalam masa 56 minit sahaja.

Pada bahagian spesifikasi, peranti ini dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865, rangkaian 5G, skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.55-inci bersama paparan segar semula 90Hz yang menyokong HDR 10+ dan takuk berlubang bersama kamera swafoto 16MP. Juga terdapat pembesar suara stereo dan tiada bicu audio 3.5mm.

Turut dibekalkan dengan bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan berwayar 65W (SuperVOOC) yang mampu mengecas penuh dalam masa 30 minit sahaja dan pengecasan berbalik tanpa wayar 10W.

Kuad kamera 48MP f/1.7 utama, 8MP f/2.2 ultra sudut lebar, 2MP depth (B/W) dan 2MP depth. Juga turut menggunakan teknologi pengimbas cap jari di bahagian skrin hadapan, storan jenis UFS 3.0 dan pilihan memori LPDDR4X atau LPDDR5. Buat masa ini ia hanya dilancarkan di China sahaja dengan harga sekitar :

  • 8GB + 128GB : CNY 3,999 (RM2,454)
  • 12GB + 256GB : CNY 4,599 (RM2,822)

ARTIKEL BERKAITAN