Close

Poco F2 Pro ditawarkan dengan harga RM2,199 untuk pasaran Malaysia – Snapdragon 865 dan rangkaian 5G termurah?

Poco melalu laman rasmi Facebook mereka telah mendedahkan harga jualan rasmi Pocophone F2 Pro yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865, rangkain 5G, pilihan memori sehingga 8GB jenis LPDDR5, dan storan sehingga 256GB UFS 3.1.
Pada bahagian spesifikasi, Poco F2 Pro dilengkapi dengan kuad kamera 64MP IMX686 utama, ultra sudut lebar, telemakro dan depth sensor. Manakala bahagian hadapan, denga swafoto 20MP. Turut dilengkapi dengan skrin penuh AMOLED bersaiz 6.67-inci FHD+.
Poco F2 Pro juga dibekalkan dengan bateri sebesar 4700mAh bersama pengecasan pantas 30W, sistem penyejukan LiquidCool Technology 2.0, sistem operasi POCO Launcher berasaskan Android 10, dan WiFi 6.
Untuk 6GB + 128GB ditawarkan dengan harga RM2,199 dan untuk 8GB + 256GB dengan harga RM2,599 percuma Black Shark FunCooler. Tersedia untuk jualan bermula 10 Jun ini buat pasaran tempatan. Baik beli Poco?

ARTIKEL BERKAITAN