Close

Hotlink atau Celcom Unlimited Internet Pass? Mana satu yang lebih berbaloi?

Baru-baru ini Hotlink telah mengumumkan langganan internet tanpa had terbaru mereka buat pengguna prabayar dengan tawaran RM35 untuk kelajuan 3Mbps dan RM45 untuk 6Mbps dengan data terhad kepada 50GB jika anda langgan sebulan.

Dalam masa yang sama, pihak Celcom hari ini juga turut menawarkan langganan internet tanpa had prabayar mereka yang menawarkan RM12 untuk 12 hari dan RM35 untuk 30 hari dengan kelajuan 3Mbps. Persoalannya, mana satu lebih berpatutan? Ok saya cuba bandingkan.

Harga

  • Hotlink – RM3/hari, RM12/seminggu, RM35/sebulan (3Mbps) dan RM45/sebulan (6Mbps)
  • Celcom – RM12/seminggu dan RM35/sebulan
Hotspot
  • Hotlink – Tiada (Kena tambah)
  • Celcom – Ada, untuk langganan RM12 (1GB) / RM35 (3GB)
Kelajuan
  • Hotlink – RM3, RM12, RM35 (3Mbps) / RM45 (6Mbps)
  • Celcom – Semua 3Mbps
Panggilan
  • Hotlink – Tanpa had semua rangkaian 
  • Celcom – Tanpa had semua rangkaian
Tawaran
  • Hotlink – Percuma akses video penstriman VIU Premium dengan Maxis TV dan 10% pulangan duit jika beli aplikasi di Play Store dan App Store (Jika langgan bulanan)
  • Celcom – Tiada
Ini hanya perbandingan tawaran sahaja. Seperti anda tahu, Hotlink ada Fair User Policy (FUP) yang menyatakan untuk langganan bulanan dengan kelajuan 3 dan 6Mbps hanya terhad pada 50GB sahaja, selepas itu jadi 512kbps. Manakala Celcom tiada had kuota bulanan.
Apa pun, ia bergantung pada kawasan anda. Jika tawaran berpatutan sekalipun tapi tiada liputan tiada guna juga. Boleh periksa kelajuan melalui aplikasi OpenSignal.

ARTIKEL BERKAITAN