realme pada tahun ini kelihatan sangat agresif dalam pengeluaran telefon pintar mereka dari kelas permulaan, pertengahan mahupun kelas atasan. Kini realme mengumumkan satu lagi peranti baru yang akan dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio G35.
Difahamkan ia adalah realme C11 yang memfokuskan pada peranti kelas permulaan yang sekaligus akan menjadi peranti pertama yang dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio G35. Buat masa ini tiada maklumat lanjut tentang spesifikasi peranti ini. Ia dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tak lama lagi.