Pada acara WWDC pagi tadi, Apple telah mempersembahkan iOS 14 secara umum. Kehadiran iOS 14 ini adalah seiring dengan kemunculan iPhone 12 tidak lama lagi. iOS 14 adalah signifikan kepada perubahan besar pada iOS.
Home Screen Widgets
Setelah beberapa tahun Apple tidak memberikan sentuhan baru pada skrin utama namun pada iOS 14 , Apple memperkenalkan Homescreen Widget. Kini anda boleh pin Widget pada skrin utama untuk memudahkan anda mengakses data.
Widget hadir dalam beberapa variasi dua kolum atau empat kolum. Selain itu Apple turut menambah fungsi widget gallery sebagai one stop center widget dan smart stack widget yang secara automatik menunjukkan aplikasi yang relevan berdasarkan penggunaan.
App Library
![]() |
Masih lagi di skrin utama, Apple menambah fitur baru di namakan App library dan ianya seperti app drawer, App library ini secara automatik akan organise aplikasi mengikut ketegori dan memudahkan pengguna mencari aplikasi. Dan kini anda juga boleh sembunyikan homescreen yang tidak di gunakan.
Picture-in-Picture
Ini mungkin fitur yang di sukai ramai, Picture in picture ( PiP) akan ada pada iOS 14 untuk video dan juga facetime. Fitur ini membolehkan anda menonton video pada masa yang sama menjalankan aplikasi lain.
Siri
![]() |
Siri kini mempunyai reka bentuk yang lebih ringkas, memperlihatkan animasi di bahagian bawah skrin, dan mengeluarkan kad. Siri tidak lagi menggunakan skrin penuh ketika anda menggunakanya. selain itu, ciri baru siri ialah pembantu maya dan anda kini dapat mengirim mesej audio melalui Siri.
Translate Apps
![]() |
Messages
![]() |
Message sudah lama tidak menerima penambahan baru, namun pada iOS 14 terdapat beberapa ciri baru di tambah seperti , Pinned coversation , group photo , mention , inline replies dan tidak lupa juga memoji dan stiker baru yang mempunyai topeng muka.
Maps
![]() |
Aplikasi maps juga mendapat beberapa kemaskini untuk menjadikan ia lebih kompetitif. Maps akan mempunyai panduan terpilih untuk membuat perjalanan dari sumber pihak ketiga, yang akan sentiasa dikemas kini.
Selain itu, beberapa fitur lain seperti Guide, ianya akan memberi anda cadangan pilihan untuk tempat makan dan lokasi untuk dijelajahi di bandar-bandar terpilih.
Cycling direction pula akan memberi informasi seperti amaran kepada anda mengenai lorong dan laluan basikal ,jalan sibuk atau tenang , ketinggian jalan dan bukit curam sepanjang perjalanan.
![]() |
Apple memperkenalkan aplikasi baru yang dipanggil App Clips. membolehkan anda menggunakan aplikasi tanpa memuat turun secara sepenuhnya dan log masuk ke aplikasi untuk melakukan satu perkara mudah.
CarPlay
![]() |
Aplikasi CarPlay juga menerima sedikit penambahan untuk kenderaan elektrik seperti kategori aplikasi baru yang dibenarkan, pengecasan EV, tempat letak kenderaan, dan pesanan makanan. Tidak lupa juga CarPlay pada iOS 14 akan menyokong background wallpaper.
Car Keys
![]() |
Membolehkan pengguna membuka kunci dan menghidupkan kereta menggunakan NFC yang ada pada iPhone. Apple mengatakan car key lebih selamat daripada kunci fizikal. Dan anda boleh berkongsi kunci dengan pengguna iPhone yang lain dengan selamat.
- iPhone 11 Pro
- iPhone 11 Pro Max
- iPhone XS
- iPhone XS Max
- iPhone XR
- iPhone X
- iPhone 8
- iPhone 8 Plus
- iPhone 7
- iPhone 7 Plus
- iPhone 6s
- iPhone 6s Plus
- iPhone SE (1st generation)
- iPhone SE (2nd generation)
- iPod touch (7th generation)