Close

Nak fon yang super pantas? Dengan Snapdragon 865 dan rangkaian 5G, realme X50 Pro 5G ada segala yang anda mahukan

Setiap tahun peranti kelas premium hadir dengan speksifikasi terbaik yang ada di pasaran, tidak kira dari segi paparan, kualiti binaan, bateri dan juga kamera.
Itulah yang dibawa oleh realme X50 Pro 5G pada kali ini bagi model yang ditingkatkan dari realme X2 Pro. realme X50 Pro 5G dilengkapi dengan speksifikasi yang paling unggul ketika ini. Dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 865 (7nm) lapan teras, menyokong “clock speed” sehingga 2.84GHz serta peningkatan prestasi sehingga 25% secara keseluruhanya berbanding cip pemproses Qualcomm yang terdahulu.
Selain dari itu, kelajuan rendering grafik juga meningkat sebanyak 25% berbanding generasi sebelumnya, kecekapan tenaga pula meningkat sebanyak 30% dan prestasi AI meningkat sehingga 100%. Jadi untuk kerja-kerja berat ia pasti tidak memberikan sebarang masalah pada realme X50 Pro 5G.
Kehebatan Snapdragon 865 bukan pada prestasi sahaja, untuk sokongan rangkaian, Snapdragon 865 juga menyokong rangkaian 5G. Malah, antena 5G pada realme X50 Pro 5G telah dioptimumkan untuk memastikan prestasi 5G pada X50 Pro 5G stabil dan padu.
Susun atur dan reka bentuk antena 5G menggunakan teknologi yang diberi nama “360° surround antenna“. Dan realme X50 Pro 5G juga menggunakan 12 antena untuk memastikan sambungan rangkaian 5G yang kuat.
Terdapat 3 bahagian yang dipecahkan dalam 12 antena iaitu GPS, Bluetooth WiFi, satu digunakan untuk NFC dan 8 antena untuk 4G + 5G. realme X50 Pro menyokong semua jenis rangkaian 5G di dunia. Dengan keupayaan ini signal akan lebih stabil tidak kira bagaimana anda memegang peranti.
realme X50 Pro 5G juga menyokong Smart 5G, fungsi ini secara autamatik akan belajar dan memahami persekitaran isyarat dan juga cara kerja pengguna, Dan menukar isyarat dari 4G ke 5G mengikut kesusaian. Dengan wujudnya fungsi ini, jangka hayat bateri akan bertambah. Sekaligus dapat menjimatkan pengguna kuasa sebanyak 30%.
Wi-Fi 6 juga disokong oleh realme X50 Pro 5G yang menggunakan teknologi protokol internet yang terbaru untuk memastikan kepantasan dalam setiap masa.Wi-Fi 6 mampu mencapai kelajuan sehingga 1.5 Gbps iaitu 40% lebih pantas berbanding Snapdragon 855 dan 855+. Selain itu, latensi juga dapat dikurang dari 30ms kepada 20ms dengan Snapdragon 865.
Dan bonus pada model realme X50 Pro 5G ini adalah ia menyokong Dual WiFi Network Acceleration yang dapat menggbungkan dua Wi-Fi pada masa yang sama sekaligus membuatkan sambungan Wi-Fi lebih stabil serta mengurangkan latensi.
Konklusinya dengan Snapdragon 865 dan rangkaian 5G, realme X50 Pro 5G akan menjadi pilihan terbaik dalam kelasnya dan spesifikasi yang ditawarkan juga dilihat memenuhi kehendak pengguna masa kini. Prestasi dan rangkaian yang mampu memberi penggunaan dalam jangka masa yang lama.

ARTIKEL BERKAITAN