Close

TikTok mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat

Selepas negara India mengharamkan TikTok, kini mungkin giliran AS pula membuat tindakan yang sama. India sebelum ini mengharamkan TikTok dengan alasan keselamatan. 

Pada ketika ini, AS sedang menjalankan tinjauan keselamatan terhadap TikTok dan syarikat induknya ByteDance. Pengubal undang-undang percaya bahawa TikTok menghantar data kepada China.
TikTok mengatakan yang mereka tidak berkongsi data kepada China. TikTok menambah lagi, bahawa mereka tidak mempunyai niat lain selain daripada mempromosikan pengalaman aplikasi yang selamat kepada pengguna. 
TikTok berkata mereka tidak pernah memberikan data pengguna kepada China dan Tiktok juga tidak akan melakukannya sekiranya diminta.
Jika mengikut jumlah terkini, TikTok antara aplikasi dari China yang paling banyak dimuat turun dan sekaligus dilihat utuh dengan kedudukan mereka. Apakah nasib TikTok sekiranya ia diharamkan di AS?

ARTIKEL BERKAITAN