Close

MediaTek kembali bangkit dengan Dimensity


Mediatek
ialah industri semikonduktor yang mengeluarkan cip pemproses bagi telefon pintar. MediaTek pernah diambang kegagalan dengan hampir dikebumikan oleh Qualcomm. Namun, dengan cip pemproses Helio yang dibina untuk kelas pertengahan berjaya memberikan sinar baru buat MediaTek.

MediaTek juga mempunyai cip pemproses Dimensity siri 1000 dan 800 yang mana menjadi kebanggaan kepada meraka buat masa ini. Tidak cukup dengan itu, MediaTek dikatakan bakal melancarkan cip pemproses baru Dimensity 600. Terdapat spekulasi yang mana Dimensity 600 akan dilancarkan pada akhir September ini.

Walaupun cip pemproses ini masih belum dikeluarkan, MediaTek mendakwa sejumlah pengeluar sudah membuat pesanan untuk menggunakan cip pemproses baru mereka. Kita mungkin bakal melihat Dimensity 600 akan digunakan pada suku kedua tahun ini.

Jika perkara ini benar, ia adalah pertama kali terjadi kepada MediaTek dengan sejumlah pesanan yang besar sebelum produk dikeluarkan. Dan ini, memberi sedikit petunjuk bahawa harga peranti akan datang menjadi lebih berpatutan dengan sokongan 5G.

ARTIKEL BERKAITAN