Close

Teknologi Quick Charge 5 mampu menyokong pengecasan pantas sehingga 100W

Hari ini, pihak Qualcomm mengumumkan revolusi pengecasan pantas dari mereka yang menyambung legasi Quick Charge yang dikenali sebagai Quick Charge 5
Buat anda yang tidak tahu mengenai Quick Charge, ia merupakan satu teknologi pengecasan pantas yang dibangunkan oleh Qualcomm dan digunapakai pada semua cip pemproses Snapdragon. 

Quick Charge 5 mampu mengecas 0% hingga 50% dalam 5 minit dan untuk pengecasan penuh hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja.
Jika mengecas dengan bateri bawah 50%,  ia akan mengecas 1% dalam setiap 6 saat. Qualcomm menyatakan ini adalah jalan penyelesaian bagi pengecasan pantas komersial.

Quick Charge 5 menggunakan standard USB Power Delivery Programmable Power Supply (PD-PPS)  yang mengawal tahap voltan dan arus yang tinggi semasa proses pengecasan. 

Secara teorinya, mana-mana pengecas yang menyokong PD-PPS mampu mengecas peranti pada kadar penuh iaitu 100W.
Sistem bateri 2S adalah salah satu kunci kepada Quick Charge 5. Bateri 2S adalah dua sel bateri yang disambungkan secara bersiri.

Qualcomm mengatakan rekaan bateri dua sel membantu kecekapan pengecasan sehingga 70% lebih efisien,10 ° C lebih sejuk dan 4 kali lebih pantas daripada Quick Charge 4.

Quick Charge 5 juga menyokong “Backward Compatible”, yang membawa maksud semua aksesori dan juga perkakasan Quick Charge versi lama tetap berfungsi dengan perkakasan Quick Charge 5.
 Kita mungkin dapat melihat teknologi Quick Charge 5 seawal suku ketiga 2020. Cip pemproses Snapdragon 865 dan 865+ sudah pun menyokong Quick Charge 5.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN