![]() |
Selepas beberapa bulan tirisnya kisah berkenaan Pixel 4a. Hari ini, sah Pixel 4a dilancarkan. Mungkin ini adalah peranti yang paling “simple” yang pernah dikeluarkan oleh Google.
![]() |
![]() |
Pixel 4a masih menggunakan pengesan cap jari tradisional dibelakang. Dan ia menyokong pembesar suara jenis stereo. Model Pixel 4a adalah model kelas pertengahan menggantikan Pixel 3a. Ia sepatutnya dilancarkan pada bulan Mei namun kerana Pandemik COVID 19 ia di tangguhkan.
![]() |
Google hanya menawarkan Pixel 4a dalam satu variasi sahaja iaitu 6GB/128GB. Dan model ini hanya hadir dengan satu warna sahaja iaitu Just Black dengan butang kuasa berwarna Mint.
![]() |
Pixel 4a boleh di pra tempah bermula hari ini di Amazon, Google Fi, Google Store, dan Best Buy dengan tanda harga RM1,471 ($349). Tarikh penerimaan adalah pada 20 Ogos. Setiap pembelian Pixel 4a hadir dengan 3 bulan Premium Youtube, Google Play Pass dan juga Google One (100GB/Bulan).
![]() |
Australia (September 10), Canada (September 10), France (September 10), Germany, India (October), Ireland, Italy, Japan (August 20), Singapore, Spain, Taiwan, United Kingdom, and United States.
(sumber)