Check Point dalam penyelidikan terbaru mereka, mendapati bahawa lebih 400 kelemahan cip Snapdragon Digital Signal Processor (DSP) jika diekplotasi membolehkan pengodam menguasai lebih dari 40% semua jenis fon.
Digital Signal Processor (DSP) merupakan sistem cip yang digunakan untuk pemprosesan isyarat audio dan gambar digital yang digunakan pada fon dan juga TV. DSP membawakan beberapa fungsi dan kemampuan baru kepada perkakasan namun, ia membenarkan titik kelemahannya terdedah.
Check Point menemui rentatan implikasi yang serius, kerana cip Qualcomm digunakan oleh kebanyakan peranti seperti Samsung, Google, LG, Xaiomi, OnePlus dan juga beberapa perkakasan lain.
Qualcomm buat masa ini telah menyelesaikan enam kelemahan keselamatan yang mempengaruhi DSP. Check Point merupakan salah satu penyedia keselamatan perkakasan dan juga perisian.
Buat masa ini Check Point mengesyorkan untuk memasang anti virus , aplikasi privasi dan juga menggunakan VPN yang dipercayai untuk mengekang masalah ini.
(Sumber)