Close

realme C12 – Pilihan peranti kelas permulaan yang serba lengkap

 

realme adalah satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, terutamanya di Malaysia. Selepas kejayaan realme C11, kali ini realme hadir dengan versi terbaharu dan menyambung legasi siri “C” dengan hadirnya model realme C12.

Apa yang menariknya, realme C12 hadir dengan penawaran bateri sebesar 6000mAh dan ia pastinya menjadi pilihan terbaik buat pengguna yang ingin masa penggunaan dan bermain permainan mudah alih yang lebih panjang. Dengan kapasiti bateri sebesar itu, aktiviti luar tidak lagi menjadi masalah tanpa perlu membawa powerbank atau pengecasan.

Menurut kajian realme Lab, realme C12 mampu bertahan selama 57 hari dalam mod Standby. Dan ia mempunyai ketahanan bateri yang lebih berkuasa dari peranti kelas atasan.

realme C12 turut mempunyai satu fungsi menarik iaitu OTG Reverse Charge yang mampu menjadi powerbank dan penyelemat kepada peranti lain.

Resepi ketahanan bateri realme C12 terletak kepada bagaimana bateri sebesar 6000mAh berjaya dioptimumkan oleh sistem. Aplikasi yang tidak digunakan secara automatiknya akan dimatikan bagi menghalang penggunaan kuasa pada background sistem.

Kecerahan skrin juga turut dioptimumkan berdasarkan pada penggunaan bagi menambah jangka hayat bateri.

Selain itu, terdapat fungsi mod “Super Power Saving” yang mana anda hanya boleh menggunakan enam aplikasi yang sering digunakan. Dalam mod ini, penjimatan bateri akan menjadi lebih agresif.

Mod Super Power Saving ini telah pun diuji, dimana hasilnya sangat mengejutkan. Penggunaan Whatapps dan juga Youtube selama 2 jam hanya menggunakan 5% bateri sahaja.

Apa yang boleh dikatakan, realme tidak pernah mengecewakan apabila melibatkan bateri. Keupayaan jangka hayat bateri adalah salah satu perkara yang dititikberatkan dalam pembelian sebuah fon.

Jika anda mahukan peranti yang mempunyai jangka hayat bateri yang panjang, realme C12 adalah jawapanya. Untuk anda yang menantikan, realme akan melancarkan C12 pada 25 Ogos ini melalui Facebook rasmi realme Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN