Close

Video Samsung Galaxy Fold 2 diperlihatkan

 

Samsung Galaxy Fold adalah salah satu peranti futuristik yang dihasilkan oleh Samsung. Pada awal kemunculan Galaxy Fold, Samsung telah melalui saat-saat sukar apabila terdapat masalah pada skrin Galaxy Fold dan terpaksa memanggil semula peranti mereka untuk ditambah baik.

Pada permulaan video, telah diperlihatkan perbandingan diantara Galaxy Fold dan Galaxy Fold 2. Galaxy Fold 2 mempunyai paparan depan yang lebih besar dan lebih berguna. Menggunakan kamera hadapan jenis punch hole menjadikan skrin lebih luas dan kurang gangguan.

Di bahagian belakang terdapat bonjolan kamera seperti Galaxy Note 20 dan ia bakal memberi masalah pada permukaan rata. Video itu juga memperlihatkan keupayaan Galaxy Fold 2 untuk kegunaan Vlog, Speaker dan juga permainan Battle Royale PUBG.

Samsung Galaxy Fold 2 boleh di pra tempah bermula 1 September dan harga jualan masih tidak diketahui.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN