![]() |
The International (TI) boleh diumpakan sebagai World Cup untuk Esukan, yang mana pertandingan ini mengumpulkan pemain dota profesional diseluruh dunia bersaing untuk merebut kejuaraan dengan hadiah terkumpul mencecah jutaan ringgit. TI merupakan pertandingan Esukan pertama menawarkan hadiah terkumpul tertinggi dalam sejarah.
Namun, pertandingan TI10 terpaksa ditunda berikutan pandemik COVID-19 dan Valve telah mengumumkan perkara ini pada bulan April yang lalu.Buat masa ini Valve belum lagi dapat menetapkan tarikh baru untuk TI10 dan akan mengumumkan sebarang kemaskini secepat mungkin jika sudah mempunyai tarikh yang sesuai.
![]() |
Wang terkumpul pertandingan ini dikumpul melalui pembelian tiket (Battle Pass) yang dijual pada harga $9.99 (RM41) atau $29.35 (RM122) untuk level 50 dan $44.99 (RM187) untuk level 100. Dengan pembelian tiket (Battle Pass) pemain akan mendapat ganjaran dan “set” setiap kali “level up”.