RTX 3090 adalah kad grafik yang terunggul dalam barisan RTX 30 yang mengambil alih tempat Titan RTX. RTX 3090 menawarkan 50% prestasi lebih bagus dari Titan RTX dan Nvidia mengatakan RTX 3090 mampu dimainkan pada 8K 60fps pada semua permainan popular.
RTX 3090 hadir dengan VRAM 24GB GDDR6X ia adalah kapasiti yang sama pada Titan RTX tetapi ia lebih pantas. Ia juga hadir dengan reka bentuk tiga slot baru dengan dua kipas yang dikatatakan 10 kali lebih senyap dan 30 darjah lebih sejuk dari Titan RTX. Tanda harga bagi RTX 3090 adalah RM6,215 ($1499) dan mula dijual pada 24 September.
RTX 3080 adalah kad grafik yang lebih pratikal untuk pengguna. Nvidia menjanjikan 2 kali ganda peningkatan prestasi berbanding RTX 2080 Ti. RTX 3080 hadir dengan VRAM 10GB GDDR6X, Nvidia mendakwa ia bolehkan dimainkan pada resolusi 4K 60fps secara konsisten. Tanda harga bagi RTX 3080 adalah RM2,897 ($699) dan mula dijual pada 17 September.
RTX 3070 adalah kad grafik yang paling menarik kerana Nvidia mendakwa RTX 3070 lebih pantas dari RTX 2080 Ti. RTX 3070 dikatakan 60% lebih pantas dari RTX 2070. Hadir dengan 8GB VRAM GDDR6 dan RTX 3070 ini sesuai untuk dimainkan pada resolusi 4K dan 1440P. Tanda harga bagi RTX 3070 adalah RM2,068 ($499).
RTX 30 siri dibina dengan seni bina Ampere dengan penambahan ciri-ciri baru. Dengan CUDA yang membentuk sebahagian besar perkakasan GPU yang terbaru ini, memberikan 2 kali throughput FP32 berbanding Turing dan 30 shader-TFLOPS kuasa pemproses.