Apple dikatakan sudah bersedia untuk melancarkan siri iPhone 12 mereka. Dan menurut khabar angin, penggunaan sensor LiDAR pada iPhone 12 sudah dipastikan dan sensor pengeluar yang mana akan digunakan masih tidak diketahui.
Apple sebenarnya telah lama merancang untuk menggunakan sensor LiDAR pada iPhone mereka. Menurut Fast Company Apple dikatakan akan menggunakan sensor LiDAR dari Sony sama seperti yang ada pada iPad Pro. Dan Apple merancang untuk menambah beberapa ciri baru.
Sensor LiDAR digunakan untuk mengukur kedalaman menggunakan denyutan cahaya. Ia membolehkan sensor kamera membaca dengan tepat sejauh mana atau membaca objek tertentu, dan menghasilkan perbezaan yang lebih baik antara latar depan dan latar belakang, ia juga dapat menghasilkan gambar potret yang tajam dan tepat. Dan dengan bantuan fungsi Augmented Reality (AR) ia membolehkan objek maya diletakkan di dunia nyata.
Apple dijangka akan melancarkan iPhone 12, iPhone 12 Max, iPhone 12 Pro, dan iPhone 12 Pro Max. Seperti yang dilaporkan, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max akan mempunyai sensor Sony LiDAR.