Harmony OS 2.0 akan membawa perubahan pada perisian, pengurusan data, dan keselamatan pada OS, serta pengenalan kerangka UX yang adaptif. Huawei juga juga bakal menjadikan sistem Harmony OS sebagai sumber terbuka. Projek sumber terbuka akan dilancarkan secara berperingkat dan versi beta dijangka hadir pada akhir tahun 2020.
Bermula pada 10 September, HarmonyOS akan digunakan pada peranti IoT 128KB-128MB, seperti Smart TV, wearables, kereta dan banyak lagi. Dan pada April 2021 pula, ia akan digunakan pada peranti 128MB-4GB. Dan untuk peranti 4GB ke atas ia akan mula digunakan pada Oktober 2021.