Close

OnePlus 8T bakal hadir dengan pengecasan pantas 65W dan rekaan modul kamera baru

OnePlus 8T bakal dilancarkan tidak lama lagi. OnePlus seperti kebiasaan akan melancarkan dua peranti kelas premium setahun. Namun pada tahun ini, terdapat sedikit perubahan dengan ketiadaan model OnePlus 8T Pro.

Dari imej yang tertiris memperilhatkan OnePlus 8T bakal menggunakan kamera modul yang baru berbentuk “C”  berbeza dari peranti OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro. Menggunakan empat tetapan kamera dengan 48MP kamera utama,16MP sudut lebar, 5MP makro dan 2MP potrait. Untuk kamera hadapan ia bakal menggunakan sensor 32MP.

Untuk speksifikasi dalaman, OnePlus 8T dikatakan akan menggunakan cip pemproses 865 dan bukan 865+.  Menyokong paparan 120Hz dan menggunakan skrin jenis rata bersaiz 6.55 inci FHD+. Bagi memori ia bakal hadir dengan dua pilihan 8GB/128GB dan juga 12GB/256GB. Dan buat pertama kalinya OnePlus akan menggunakan pengecasan pantas 65W pada OnePlus 8T dengan kapasiti bateri 4500mAh.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN