iOS 14 dan iPadOS 14 telah diumumkan pada acara khas WWDC 2020 pada bulan Jun lalu dengan menawarkan kemaskini yang terbaru buat pengguna iPhone dan iPad. Beberapa bulan lalu ada pengguna yang dapat merasa dengan menggunakan versi beta. Kini Apple telahpun lepaskan kemaskini iOS 14 dan iPadOS 14 secara rasmi pada semua pengguna.
Pelbagai ciri baharu yang terdapat pada iOS 14, antaranya seperti :
- Widgets
- App Library
- Siri lebih kompak
- Panggilan lebih kompak
- Ikon Apple Music baru
- Picture-in-Picture
- Pilihan memoji baru
- Privasi dan keselamatan dipertingkat
- Dan pelbagai lagi
Sebelum anda kemaskini terus melalui iPhone atau iPad, digalakkan untuk anda buat sandaran (backup) dahulu data peribadi, pastikan mempunyai bateri yang cukup dan sambungan WiFi yang kuat. Untuk mengetahui sama ada iPhone dan iPad anda masih menyokong iOS 14 dan iPadOS 14, sila rujuk gambar di bawah :