Xperia 5 II hadir dengan skrin bersaiz 6.1 FHD+ dengan paparan 120Hz dan nisbah 21:9. Ia juga menyokong kandungan HDR. Menggunakan cip pemproses 865, RAM sehingga 8GB dan dua pilihan storan 128GB dan 256GB. Menyokong pengecasan pantas 21W yang tidak tersedia didalam kotak dengan bateri berkapasiti 4000mAh. Dan tiada pengecasan tanpa wayar.
Menggunakan tiga tetapan kamera belakang dengan kesemuanya menggunakan 12MP namun menggunakan focal lenght yang berbeza. Dengan Focal length yang pertama adalah 16mm sudut lebar, 70mm telefoto dengan 3x zoom, dan 24mm kamera utama. Untuk rakaman video ia mampu merakam pada resolusi 4K HDR dengan 120fps.
Untuk fungsi lain, Xperia 5 II menyokong pembesar suara jenis stereo, audio jack 3.5mm, menggunakan Gorilla glass 6, Micro SD card slot dan ia menyokong ketahanan air dan habuk IP86.
Peranti ini boleh di pra tempah pada 29 September di Amerika Syarikat. Ia hadir dengan tiga pilihan warna hitam, biru dan kelabu dengan tanda harga sekitar RM4,396 (€900).