Close

Google Pixel 5 tertiris sebelum dilancarkan

Seperti kebiasaan peranti yang bakal dilancarkan akan bocor sebelum tiba harinya. Itulah yang terjadi kepada Google, namun ini bukanlah pertama kali terjadi kepada Google sebelum ini Google Pixel 4 telah digunakan (Factory Testing Unit) di beberapa negara termasuk malaysia sebelum ia dilancarkan.

Google akan melancarkan Pixel 4a 5G dan Pixel 5, kedua model ini menggunakan cip pemproses yang sama tetapi Pixel 5 dikatakan akan mempunyai beberapa fungsi yang lebih premium. Menurut WinFuture, imej tersebut adalah rendering terakhir dan akan dilancarkan pada 30 september bersama Pixel 4a 5G.

Walaupun imej Pixel 5 sama seperti Pixel 4a 5G, kami menjangkakan yang Pixel 5 akan hadir dengan beberapa fungsi premium di dalamnya. Speksifikasi Google Pixel 5 akan menggunakan skrin 6 inci OLED paparan 90Hz, Snapdragon 765G, 8GB RAM dan juga 128GB storan. Bateri 4000mAh, pengecasan pantas 18W, pengecasan tanpa wayar, pembesar suara stereo dan dua kamera.

Google Pixel 5 akan menggunakan dua kamera belakang dengan kamera utama dan kamera kedua 16MP f/2.2 sudut lebar dengan 107 degree FOV. Kamera hadapan masih lagi 8MP dan untuk rakaman video Pixel 5 kini menyokong 4K 60fps dan juga 1080P 240fps.

Google Pixel 5 bakal hadir dengan dua warna iaitu hitam dan juga hijau. Info setakat ini variasi 8/128 sahaja yang dikesan dan mungkin ada dua atau tiga variasi atau mungkin satu variasi sahaja. Harga di anggarkan sekitar RM2,896 ($699).

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN