Close

realme perkenalkan berus gigi elektrik juga skala pintar yang dapat mengukur lemak dan kandungan otot

realme bukan sahaja dikenali sebagai pengeluar
telefon pintar dan aksesori AIoT, namun mereka kini melebarkan sayap kepada
satu lagi bahagian baharu iaitu produk penjagaan diri. Ini adalah salah satu
usaha bagi memperkasakan penjagaan diri sebagai satu kepentingan pada masa akan
datang.

Bukan itu sahaja, realme dilihat semakin
berani mempertaruhkan jenama mereka sebagai peneraju dalam industri penjagaan
diri dengan menggunakan teknologi dan inovasi untuk digunakan dalam kehidupan
harian seiring dengan gaya hidup masa kini.


Buat masa ini, realme menawarkan dua produk
penjagaan diri iaitu realme Smart Scale dan realme M1 Sonic Electric
Toothbrush.
Jadi apa yang menarik tentang kedua-dua produk penjagaan diri oleh
realme ini?


realme Smart Scale

realme
Smart Scale telah dibina dengan rekaan yang sleek
dan juga tahan lasak dengan ketebalan hanya 23.3mm sahaja,  menggunakan 6mm Tempered Glass yang terbaik
dalam industri. Selain itu, ia turut menggunakan paparan LED tersembunyi untuk penjimatan bateri yang maksimum.

 

Ciri-ciri yang ditawarkan oleh realme Smart
Scale sangat membantu dalam penjagaan diri. Hadir dengan 16 fungsi kesihatan
dari yang paling asas sampai paling tinggi, membolehkan pengguna mengumpul data
sekaligus dapat memantau tahap kesihatan dari semasa ke semasa.

realme
Smart Scale mempunyai sensor Bioelectrical Impedance Analysis (BIA) yang dapat
mengukur lemak dan kandungan otot dengan menganalisis maklumat semasa
bioelektrik dari badan. Turut menyokong pemantauan degupan jantung masa nyata
dan boleh diakses melalui aplikasi realme link bagi memantau tahap kesihatan
pengguna.

 

Jangka
hayat bateri realme Smart Scale mampu mencapai sehingga 360 hari dengan empat
bateri AAA. Penggunaan kuasa sekitar 60mAh dan ia hanya perlu ditukar setahun
sekali.

realme M1 Sonic Electric Toothbrush

 

realme M1 Sonic Electric Toothbrush
menggunakan teknologi motor sonik dengan frekuensi tinggi dan bulu Antibakteria
DupontTM 99.99%
. Mampu bertahan sehingga 90 hari dengan sekali caj dan
menyokong pengecasan pantas tanpa wayar.

Hadir
dengan satu butang dan empat jenis mod iaitu mod Soft, mod Clean, mod White dan
juga mod Polish. Setiap mod hadir dengan fungsi yang berbeza. Mod Soft sesuai
untuk gigi sensitif, mod Clean penggunaan biasa, mod White pembersihan yang
lebih mendalam dan mod Polish untuk membuat gigi lebih bersinar.

realme
M1 Sonic Electric Toothbrush mempunyai kepala berus tanpa logam nipis 3.5mm,
dilengkapi dengan 34,000 per minit motor sonik, dan menghasilkan bunyi kurang
daripada 60dB. realme mendakwa ia menawarkan pembersihan terbaik pada kelasnya.

Bagi
realme M1 Sonic Electric Tootbrush ia hadir dengan jaminan satu tahun dan didatangkan dengan dua pilihan warna putih dan biru. 

Anda
boleh dapatkan kedua-dua produk penjagaan diri ini secara atas talian melalui
Shopee Flash Sale
10.10 dia pautan berikut :

ARTIKEL BERKAITAN