Close

iPhone 12 Pro menggunakan 6GB RAM, manakala iPhone 12 masih mengekalkan 4GB RAM

Umum sedia maklum bahawa Apple telahpun melancarkan siri iPhone 12 mereka. Namun ada beberapa perkara yang masih menjadi persoalan, antaranya adalah jumlah RAM dan kapasiti bateri. Buat masa ini tiada maklumat tentang kapasiti bateri.
Namun, memori yang digunakan untuk siri iPhone 12 terdapat penaiktarafan. Untuk iPhone 12 mini dan iPhone 12 masih mengekalkan 4GB RAM seperti siri iPhone 11. Menariknya, iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max dinaiktaraf ke 6GB RAM.

Dengan penaiktarafan 6GB RAM dan penggunaan cip pemproses A14 Bionic yang lebih berkuasa, sekaligus ia akan menjanjikan prestasi yang lebih baik buat pengguna iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max. Info lanjut tentang siri iPhone 12, tonton video :

ARTIKEL BERKAITAN