Close

realme narzo 20 Pro dengan 65W SuperDart Charge dan bateri 4500mAh yang cukup mengagumkan!

Waktu mengecas yang lama sering menjadi salah satu masalah pada kebanyakkan peranti di pasaran. Dan pada ketika ini tidak banyak peranti yang menawarkan pengecasan pantas. Namun, realme seolah-olah sudah menemui resepi untuk menyelesaikan masalah tersebut.

realme narzo 20 Pro adalah peranti yang perlu diberi perhatian. Kerana peranti ini telah dibekalkan dengan teknologi pengecasan dan teknologi bateri yang baru. Teknologi ini bakal merubah persepi pengguna pada kemampuan realme narzo 20 Pro.

Dengan 38 minit aktiviti apa yang anda boleh lakukan? Sedangkan separuh masa bagi perlawanan bola sepak adalah 45 minit tidak termasuk waktu kecederaan. Tetapi realme narzo 20 Pro boleh mengecas dari 0-100% hanya memerlukan 38 minit sahaja. Ia perkara yang sangat menarik yang ditawarkan oleh realme pada realme narzo 20 Pro.

Teknologi pengecasan yang digunakan pada realme narzo 20 Pro adalah teknologi pengecasan 65W SuperDart, yang mana dapat memberikan pengalaman mengecas yang tiada tandingan. Kecekapan teknologi ini juga memastikan peranti sentiasa dalam suhu yang stabil ketika mengecas.

Dan apa yang menarik dengan teknologi pengecasan 65W SuperDart ini, ia masih mampu mengecas ketika anda bermain permainan yang berat. Dengan 30 minit bermain sambil mengecas ia mampu mendapatkan 47% bateri. Dan dengan hanya 3 minit ia mampu mendapatkan 14% bateri.

Penggunaan pengecasan 65W SuperDart haruslah seiring dengan teknologi bateri yang digunakan. realme telah berjaya menyelesaikan masalah panas semasa mengecas. Pada realme narzo 20 Pro sel bateri berkadar tinggi 3C generasi baru digunakan, secara teknikal ia menggunakan dua bateri ( 2250mAh x 2 ) yang digabungkan menjadi 4500mAh yang mana ia meningkatkan input pengecasan bateri.

Selain itu, realme turut menggunakan kecekapan ultra 98% yang mana secara keseluruhan proses pengecasan dikawal dengan ketat bagi mengelakkan ia terlalu panas dalam masa yang sama masih dapat mencapai kecekapan tertinggi. Ia turut di lengkapi dengan cip lima teras yang pintar terbina. Cip ditugaskan mengawal suhu, voltage dan juga bateri. Dan lima cip tersebut adalah
  • Adapter overload protection
  • Flash charge condition identification protection
  • Interface overload protection
  • Overcurrent-Protection and voltage overload protection
  • Battery fuse protection
Tidak cukup dengan itu, realme turut menambah sepuluh sensor suhu pada realme narzo 20 Pro yang ditugaskan bagi mengawal suhu peranti dengan lebih ketat supaya tidak mengalami masalah panas yang melampau dan membuatkan peranti menjadi dua kali ganda lebih selamat dan boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Secara keseluruhannya, penawaran pada realme narzo 20 Pro adalah mengikuti kriteria yang diperlukan pada masa kini. Dengan waktu mengecas yang singkat dan kapasiti bateri yang besar ia dapat memberikan waktu penggunaan yang lebih panjang. Sekaligus menjadikan ia peranti yang berbaloi pada tahun 2020.

Nantikan maklumat lebh lanjut tentang realme narzo 20 Pro di Facebook rasmi realme Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN