Xiaomi Mi 10 Ultra merupakan peranti yang menyokong pengecasan pantas 120W. Dan ia juga merupakan peranti yang menyokong Quick Charge 5 yang menyokong pengecasan pantas 100W+.
Namun, dalam satu ujian pengecasan yang dibuat mendapati bahawa Mi 10 Ultra mengecas pada kadar yang lebih perlahan, tetapi yang masih lebih pantas daripada kebanyakan peranti ada di pasaran sekarang.
Ujian pengecasan yang dijalankan oleh Android Authority mendapati Mi 10 Ultra sebenarnya mengecas hanya pada kadar 80W berbanding 120W yang diiklankan oleh Xiaomi.
Dalam ujian yang dibuat, Mi 10 Ultra menggunakan 92.3W pada pertama kali di caj kemudian turun kepada 86.4W dalam tempoh yang lama semasa mengecas. Dan hanya 80.1W sahaja kuasa yang diterima oleh Mi 10 Ultra dengan hanya 21 Minit di perlukan dari 0-100%.
Untuk suhu bateri ia mencecah 43.8° C pada kadar 80W dan ia lebih tinggi dari suhu ideal iaitu 40° C. Dan jika ia mengecas pada kadar 120W suhu bateri akan bertambah. Namun, Mi 10 Ultra tidak mengekalkan suhu yang tinggi sepanjang tempoh pengecasan pada kadar 80W. Suhu bateri mulai jatuh apabila ia mencapai tahap 70% bateri.
Mi 10 Ultra masih mengecas dengan pantas walaupun pada kadar 80W. Yang mana ia lebih pantas dari kebanyakkan peranti yang ada pada ketika ini. Tetapi kekecawaan tetap berlaku kerana Xiomi dilihat tidak bersikap jujur, namun ia mungkin atas faktor kesihatan bateri.