Close

Skor penanda aras Snapdragon 875 mencapai 847,868 – 25% lebih berkuasa dari Snapdragon 865

 

Qualcomm nampaknya sudah bersedia untuk mengumumkan cip utama mereka iaitu Snapdragon 875. Cip ini menggunakan kod nama “Lahaina” yang merupakan tempat bancian terbesar West Maui, Maui County, Hawaii.

@DigitalChatStation turut menambah beberapa info lain, yang memperlihatkan clock speed bagi Snapdragon 875 adalah sekitar 2.84Ghz. Untuk jumlah skor cip pemproses adalah 333,269 dan bagi GPU adalah 342,225.

Dengan jumlah skor 25% lebih baik daripada Snapdragon 865. Ia Sudah tentu memberikan petanda yang baik buat cip terbaru dari Qualcomm. Sebelum ini. Snapdragon 865 hanya mendapat skor sekitar 663,000 dengan jarak skor dipisahkan sekitar 184,000 dengan Snapdragon 875. Satu peningkatan yang agak mengejutkan dari Snapdragon 875.

Snapdragon 875 akan menggunakan teknologi binaan 5nm dengan lapan teras “1 + 3 + 4” di mana “1” merupakan teras Cortex X1 yang sangat berkuasa dengan prestasi maksimum 23% lebih tinggi daripada Cortex A78.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN