Close

MagSafe pada iPhone 12 mini hanya menyokong 12W sahaja – Mengecas lebih perlahan dari iPhone 12

 

Menjelang hari pra tempah iPhone 12 Mini dan iPhone 12 Pro Max pada 6 November. Pihak Apple telah mengemaskini dokumen sokongan yang merangkumi perincian tentang pengecasan tanpa wayar MagSafe untuk iPhone baru mereka.

Dengan kemaskini yang dibuat, ia memperlihatkan iPhone 12 mini hanya menyokong pengecasan MagSafe pada 12W sahaja tidak seperti siri iPhone 12 lain yang menyokong 15W. 

Kelajuan pengecasan adalah berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor seperti suhu, peratus bateri semasa dicas dan aktiviti sistem. Dengan menggunakan USB-C 20W yang disyorkan oleh dokumen sokongan bagi mendapatkan kelajuan pengecasan yang optimum [email protected] atau [email protected] dan lebih tinggi bagi siri iPhone 12 yang lain.

Pengguna juga disarankan untuk menyambungkan pengecas MagSafe terlebih dahulu sebelum memasang pada iPhone 12. Sekiranya pengguna memasang iPhone sebelum memasang pengecas MagSafe, ia akan menjadi arus menjadi lebih rendah.

iPhone 12 Mini dan iPhone 12 Pro Max masih lagi belum lagi dijual. Menariknya, Apple Authorized Reseller (AAR) Malaysia akan menjual semua model iPhone 12 termasuk 12 mini dan 12 Pro Max melalui pra-tempahan pada 6 November dan tersedia untuk dibeli pada 13 November ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN