Close

Google bakal tamatkan storan percuma pada Google Photo bermula Jun 2021

Google hari ini menyatakan yang mereka bakal menamatkan storan percuma pada Google Photo. Sejak di perkenalkan 5 tahun yang lalu., Google Photo sering dijadikan ruang simpanan gambar yang mudah dan percuma bagi kebanyakkan pengguna.

Bermula 1 Jun, Gambar dan video baru yang di simpan dalam Google Photo akan dikira dalam kuota  15GB yang di beri percuma oleh Google. Dan jika anda memerlukan ruang simpanan tambahan pengguna harus membeli langganan Gooogle One dengan pilihan storang dari 100GB, 200GB atau 2TB.
Menurut David Lieb yang merupakan ketua produk, berakhirnya episod penyimpanan percuma tanpa had adalah untuk menyelaraskan kos utama. Ia adalah kerana kos simpanan tanpa had adalah terlalu mahal untuk ditawarkan kerana anggaran pengguna yang memuat naik foto dan video setiap minggu adalah sekitar 28 bilion. Dengan pelayan Google kini mempunyai 4 trillion foto.
Namun perkara ini tidak menjejaskan buat pengguna Google Pixel hingga ke Pixel 5. Yang mana pengguna Google Pixel boleh memuat naik foto pada kauliti tinggi walaupun selepas 1 Jun 2021. Dan ini adalah salah satu sebab kenapa anda perlu memiliki Google Pixel.

ARTIKEL BERKAITAN