Close

Google melancarkan Pixel 4a dengan warna “Barely Blue” baharu

 

Pada awal kemunculan Google Pixel 4a, peranti ini hanya hadir dengan satu pilihan warna sahaja iaitu just black. Dan Google Pixel 4a merupakan peranti kelas pertengahan yang menyambung legasi sebelumnya iaitu Pixel 3a.

Selepas beberapa bulan ia dilancarkan, Google Pixel 4a kini hadir dengan pilihan warna baru iaitu Barely Blue. Dan seperti biasa Google menggunakan colorway yang sangat deskriptif. Warna Barely Blue ini menjadikan Pixel 4a seperti tidak menggunakan binaan polikarbonat berbanding pada warna hitam.

Untuk menjadikan Pixel 4a lebih menyerlah, Google menggunakan butang kuasa berwarna oren seperti pada Google Pixel 4 Oh So Orange. Tidak dapat dipastikan adakah ia menggunakan kemasan matte atau sebaliknya.

Pixel 4a dengan warna Barely Blue ini sudah boleh dibeli melalui Google Store selagi stok masih ada.  

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN