Close

Kehebatan Samsung Exynos 1080 diperlihatkan – Teknologi 5nm, Paparan 144Hz, HDR10+ dan juga rakaman 4K Ultra HD

Pada dua minggu yang lalu, Samsung telah pun memperkenalkan cip pemproses terbaru mereka iaitu Exynos 1080. Merupakan evolusi dari Exynos 980 dan merupakan cip pemproses pertama menggunakan binaan teknologi EUF FinFET 5nm.

Oleh yang demikian, Samsung telah pun memuatnaik satu video mengenai cip pemproses baru di chanel mereka yang memperlihatkan kemampuan dan kehebatan Exynos 1080.
 
Apa yang dibanggakan samsung adalah modem 5G yang digunakan pada Exynos 1080, secara teorinya ia mampu mencapai kelajuan 5.1 GHz dengan rangkaian NR sub-GHz.  Dengan NPU baru yang ada pada Exynos 1080 ia dilhat dapat meningkatkan lagi AI pada peranti.
Samsung turut mendakwa bahawa CPU octa-core baru mereka dapat menjadikan peranti mereka “beyond mobile computing”  dengan adanya teras Cortex-A78. Dan dengan GPU Mali G-78 dikatakan dapat memberikan pengalaman grafik yang maksima. 

Ciri utama yang ditawarkan oleh Exynos 1080 adalah sokongan HDR10 +, paparan 144Hz pada resolusi FHD+, sokongan pegun sehingga 200MP dan juga Video 4K Ultra HD. Walaubagaimanapun, peranti pertama yang akan menggunakan Exynos 1080 masih menjadi tanda tanya. Namun terdapat beberapa sumber mungkin Vivo X60 Pro adalah yang pertama menggunakannya.

ARTIKEL BERKAITAN