Close

Qualcomm Snapdragon siri 7xx akan dilancarkan pada suku tahun pertama 2021

 

Awal minggu yang lalu, Qualcomm mengumumkan cip kelas premium terbaru mereka iaitu Snapdragon 888. Dan menjangkakan yang mereka akan turut mengumumkan cip terbaru bagi kelas pertengahan pada masa terdekat. Namun perkara itu tidak berlaku.

Menurut info dari Weibo, cip baru kelas pertengahan Snapdragon 7xx akan diumumkan pada suku pertama 2021. Cip ini dijangka menjadi pesaing utama kepada Exynos 1080 5nm 5G dan juga  MT6893 6nm oleh Mediatek.

Buat masa ini, masih tiada khabar berita mengenai Snapdragon 7xx selain dari kod modelnya iaitu SM7350 dan kod namaya pula Cedros, yang dinamakan sempena sebuah pulau di pantai Mexico dekat dengan San Diego, yang merupakan markas Qualcomm.

Sebelum ini telah pun ada protaip yang menjalankan Snapdragon 7xx mendapat skor lebih dari 530,000 pada penanda aras AnTuTu yang menunjukkan ia lebih baik dari SD765G.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN