Close

iPhone yang dijual di Brazil masih dapat palam pengecas dalam kotak jualan

Seperti yang kita tahu iPhone kini dijual tanpa pengecas tersedia di dalam kotak. Namun, terdapat beberapa negara yang meletakkan undang-undang memerlukan sebarang peranti yang dijual di negara mereka menyertakan kesemua aksesori.

Perancis merupakan salah satu negara yang meletakkan undang-undang tersebut, setiap iPhone yang dijual di negara tersebut perlu menyertakan Earpods di dalam kotak. Perkara yang sama juga berlaku di Brazil apabila Apple perlu menyertakan pengecas di dalam kotak iPhone.
Perkara ini dilaporkan oleh Folha de S.Paulo dan disahkan sendiri oleh Procon-SP, yang merupakan agensi perlindungan pengguna awam di São Paulo. Procon-SP meminta Apple memberikan penjelasan berikutan tindakan tidak menyertakan pengecas di dalam kotak.
Berikutan perkara ini, ia pasti tidak mengejutkan jika negara lain turut melakukan tindakan yang sama untuk memaksa Apple menyertakan pengecas di dalam kotak.

ARTIKEL BERKAITAN