Close

Apple menyediakan program gantian skrin untuk iPhone 11 berikutan masalah skrin tidak responsif

Apple melancarkan program baru iaitu penggantian skrin untuk iPhone 11 bagi mengatasi masalah yang menyebabkan skrin iPhone 11 mengalami masalah skrin menjadi tidak responsif

Apple menambah lagi, peranti yang terkesan adalah iPhone 11 yang dihasilkan dari November 2019 dan Mei 2020. Bagi pengguna iPhone 11 yang mengalami masalah tersebut layak menerima servis penggantian dari Apple.

Cara lain untuk mengetahui model anda layak untuk program penggantian adalah dengan memeriksa nombor siri yang tersedia pada dokumen sokongan Apple. Bagi peranti yang layak, Apple atau penyedia perkhidmatan Apple tidak akan mengenakan sebarang bayaran untuk kos penggantian skrin.

Pengguna yang terjejas dengan masalah skrin boleh menghubungi penyedia perkhidmatan sah Apple untuk membuat temu janji.  Program ini merangkumi pada peranti yang terjejas selepas dua tahun digunakan atau pengguna yang pernah membayar untuk membaiki skrin untuk pembayaran semula.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN