OnePlus 8 Pro merupakan model pertama dari OnePlus yang hadir dengan pengecasan pantas tanpa wayar selepas beberapa tahun. Yang mana ia hadir dengan pengecasan pantas tanpa wayar 30W.
Pada model OnePlus 9 Pro, OnePlus bakal mengunakan pengecasan pantas tanpa wayar 45W. Namun bagi membolehkan ia dicas pada kuasa yang maksimum, OnePlus 9 Pro perlu menggunakan pengecas tanpa wayar yang proprietari. Fungi Reverse Wireless Chager juga mungkin akan hadir pada OnePlus 9 Pro.
Terdapat juga laporan mengatakan yang OnePlus 9 juga akan turut hadir dengan pengecasan pantas tanpa wayar. Namun ia mungkin sedikit perlahan berbanding OnePlus 9 Pro.