Apple dijangka akan melancarkan iOS 15 pada bulan Jun. Dengan pelancaran iOS baru ia membawa maksud akan ada peranti yang tidak menerima kemaskini iOS 15.
Menurut laporan dari iPhoneSoft, iOS 15 tidak akan menyokong peranti iPhone 6s , iPhone 6s Plus dan juga iPhone 5 SE 2016 yang kesemuanya menggunakan cip A9.
iPhone 6s dan iPhone 6s Plus dilancarkan pada tahun 2015 yang kini sudah pun berusia lebih dari lima tahun. Jadi tidak hairanlah jika peranti tersebut tidak menyokong iOS 15. Jika khabar angin ini benar, iOS 14 adalah kemaskini terakhir peranti tersebut.
iOS 15 akan menyokong iPhone 7, iPhone 7 Plus dan ke atas. Yang mana kesemuanya menggunakan cip A10 atau lebih baru. IPod touch 7 juga di jangka akan menerima kemaskini iOS 15 kerana turut menggunakan cip A10.
Ini merupakan laporan yang kedua mengenai iOS 15 tidak menyokong iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan iPhone 5 SE 2016. Yang dilaporkan oleh laman web Israel The Verifier pada bulan November tahun lalu.