Maklumat mengenai siri baru OnePlus iaitu OnePlus 9 semakin hangat di perkatakan. Selepas rekaan awal siri OnePlus 9 bocor kini maklumat lain turut bocor.
Siri OnePlus 9 dikatakan akan dilancarkan pada bulan Mac. Maklumat lain yang didedahkan adalah siri OnePlus 9 akan menggunakan skrin dengan punch hole display yang berukuran sekitar 3.8mm.
Digital Chat Station pula melaporkan yang OnePlus 9 Pro akan menggunakan skrin jenis melengkung QHD+ dengan paparan 120Hz bersaiz 6.87 inci. Dan untuk OnePlus 9 ia akan menggunakan skrin jenis rata FHD+ 6.55 inci dan paparan 120Hz.
Ketebalan bagi OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro adalah sekitar 8mm dan 8.5mm dengan berat tidak melebihi dari 200 gram. Kedua-dua model ini akan menggunakan cip Snapdragon 888, bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 65W. Dan varian Pro akan menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 45W.
Sumber lain turut melaporkan yang OnePlus 9 Pro akan menyokong Reverse Wireless Charger dan menyokong IP68 kalis habuk dan kalis air.